Nubuwwah

WAJIB BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB ALLAH TA’ALA

Posted on December 7, 2011. Filed under: Akidah Islam, Nubuwwah |

Quran Wajib Dipercayai

Akidah terbahagi kepada tiga iaitu Ilahiyyat(Ketuhanan), Nubuwwat(Kenabian) dan Akhirat.  Bahagian Nubuwwat pula terbahagi kepada tiga iaitu beriman dengan para Malaikat, Nabi & Rasul dan Kitab.

Beriman dengan kitab-kitab Allah ta’ala

Beriman dengan kitab-kitab Allah bermaksud kita percaya dengan penuh keyakinan dan berpegang bahawa Allah subhanahuwata’ala telah menurunkan kitab-kitab suci kepada para rasul dan nabiNya.  Sebagaimana Allah ta’ala menurunkan kitab al-Quran kepada nabi kita Muhammad sollallahu’alaihiwasallam, Dia juga menurunkan kitab-kitab kepada nabi-nabi lain sebelumnya.  Oleh itu kita wajib beriman dengan kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah ta’ala yang diceritakan dan disebutkan olehNya dalam Quran iaitu kitab Taurat, Injil dan Zabur serta suhuf(helaian) yang telah diturunkan kepada nabi Ibrahim dan Musa.  Adapun kitab-kitab yang tidak disebut namanya oleh Allah taala, wajiblah ke atas kita mempecayainya secara ijmal(rawak) sahaja. (more…)

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Beriman Dengan Para Nabi Dan Rasul

Posted on December 6, 2011. Filed under: Akidah Islam, Nubuwwah |

Akidah terbahagi kepada tiga iaitu Ilahiyyat(Ketuhanan), Nubuwwat(Kenabian) dan Akhirat.  Bahagian Nubuwwat pula terbahagi kepada tiga iaitu beriman dengan para Malaikat, Nabi & Rasul dan Kitab.

Beriman dengan Para Nabi dan Rasul

        Beriman dengan para rasul dan nabi ialah percaya dengan para rasul dan nabi yang Allah sebut nama-nama mereka dalam Quran dan beriman bahawa Allah ta’ala mengutuskan rasul dan nabi selain daripada mereka yang tersebut itu, yang kita tidak tahu bilangan dan nama-nama mereka melainkan Allah ta’ala sahaja.  Mereka yang disebut di dalam Quran itu wajib kita beriman dengan kerasulan mereka atau kenabian mereka secara terperinci sekira-kiranya kalu ditanya salah seorang daripada mereka, kita tidak mengingkari kenabiannya atau kerasulannya.  Sesiapa yang mengingkari salah seorang daripada mereka sebagai rasul atau nabi, hukumnya adalah kafir.

Sementara itu, para rasul atau nabi yang Allah tidak menyebut kisah-kisah dan nama-nama meraka dalam Quran, kita dituntut beriman dengan mereka secara ijmal(rawak) sahaja.  Seorang muslim tidak boleh mendakwa seseorang  sebagai nabi atau rasul selagi Allah taa’la tidak menyebut kisah dan namanya di dalam Quran dan Rasulullah tidak menceritakan tentangnya dalam hadis-hadis beliau.

Kita wajib percaya Allah ta’ala mengutuskan rasul-rasulNya ke alam ini adalah untuk memberi peringatan dan pembawa berita gembira kepada manusia sebagaimana wajib ke atas kita beriman bahawa semua rasul dibangkitkan untuk memastikan dan melaksanakan satu tujuan utama yang asas iaitu ibadat kepada Allah, menegakkan agamaNya, mengesakanNya dari segi rububiyyahNya, uluhiyyahNya dan nama-nama serta sifat-sifatNya.  Kita juga wajib membenarkan dan mempercayai semua rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah ta’ala.  Tidak boleh kita membeza-bezakan antara mereka dengan mempercayai setengah daripada mereka dan mengingkari setengahnya yang lain kerana hukumnya adalah kafir sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 150-151 yang bermaksud:

(Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasulNya, dan bermaksud memperbezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasulNya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian(yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan(tengah) di antara yang demikian(iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya.  Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu seksaan yang menghinakan).

Wajib juga kita  beriman, setiap rasul diutuskan oleh Allah untuk menunaikan segala amanahNya yang diberikan kepada mereka, menyampaikan risalah dan agamaNya kepada manusia.  Kita wajib mentaatinya, tidak mengingkari dan menyangahinya kerana ketaatan kepada rasul merupakan ketaatan kepada Allah ta’ala sebagaimana firmanNya dalam surah al-Nisa’ ayat 80 yang bermaksud:

(Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, seseungguhnya ia telah mentaati Allah.  Dan barangsiapa yang berpaling(dari ketaatan itu), maka kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka). (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Beriman Dengan Para Malaikat

Posted on December 5, 2011. Filed under: Akidah Islam, Nubuwwah |

Akidah terbahagi kepada tiga iaitu Ilahiyyat(Ketuhanan), Nubuwwat(Kenabian) dan Akhirat.  Bahagian Nubuwwat pula terbahagi kepada tiga iaitu beriman dengan para Malaikat, Rasul dan Kitab.

Pertama: Beriman dengan para malaikat

Alam malaikat ialah alam ghaib yang halus yang tidak dapat diterokai oleh pancaindera.  Para malaikat adalah makhluk Allah yang tidak berjisim yang dapat dirasai dengan anggota, mereka berada di alam yang tidak dapat di lihat,  yang tidak dapat diketahui hakikatnya yang sebenar melainkan Allah ta’ala, mereka juga tidak ada nafsu syahwat, bebas dari kecenderungannya, dan suci daripada dosa-dosa dan kesilapan-kesilapan.  Bagi ulamak ahli kalam malaikat ialah jisim-jisim halus yang telah diberi kuasa untuk menjelma dalam pelbagai bentuk dan tempat tinggal mereka ialah di langit.  Allah ta’ala menjadikan mereka daripada cahaya sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah bermaksud :

(Aku(Allah) telah menjadikan malaikat daripada cahaya, menjadikan jin daripada api, dan menjadikan Adam sebagaimana diceritakan kepada kamu-tanah-).  (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Nubuwwat(Kenabian) & Cabangnya

Posted on December 5, 2011. Filed under: Akidah Islam, Nubuwwah |

Akidah Islam boleh di bahagikan kepada tiga; bahagian al-ilahiyyat(ketuhanan), bahagian nubuwwat(kenabian), dan bahagian hari akhirat. Bahagian kedua Akidah Islam ialah Nubuwwat(Kenabian)

          Bahagian Nubuwwaat(kenabian) akan membincangkan tiga cabang utama rukum iman di dalam Islam iaitu :

1)  Iman kepada malaikat yang merupakan perantara dan penghubung antara Rasul dan Allah ta’ala dalam menerima wahyuNya dan risalahNya.

2)  Iman kepada Rasul dan Nabi yang merupakan pesuruh Allah ta’ala.

3)  Iman kepada kitab yang merupakan risalah Allah yang diamanahkan kepada para Rasul untuk menyampaikannya kepada segenap manusia.

Huraian ringkas bagi setiap cabang tersebut adalah seperti berikut :-

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

  • POLISI

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan dakwah, pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca dibenarkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat akidah2u.wordpress.com hendaklah disertakan dan dikekalkan. Sebarang bentuk penerbitan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya yang bertujuan dan berorientasikan komersil tidak dibenarkan sama sekali tanpa keizinan pihak akidah2u.wordpress.com

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...