Ketuhanan

Tauhid al-Asma’ wa Al-Sifaat & Asasnya

Posted on December 4, 2011. Filed under: Akidah Islam, Ketuhanan |

Tauhid al-Asma’ wa Al-Sifaat(Mengesakan Allah ta’ala pada Nama-nama Dan Sifat-sifatNya)

Tauhid al-Asma’ wa Al-Sifaat atau mengesakan Allah ta’ala pada nama dan sifatNya bermaksud  percaya dengan sepenuhnya dan berpegang teguh bahawa Allah ta’ala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan sama-sekali tidak bersifat dengan segala sifat kekurangan.  Secara ringkasnya, seorang muslim hendaklah beriman dan mempercayai semua sifat-sifat dan nama-nama yang disebut oleh Allah ta’ala dalam Quran dan diceritakan oleh Nabi dalam hadisnya tanpa memesongkan makna dan lafaznya, menafikannya, mengambarkan atau menentukan bentuk kejadiaan dan keadaannya, dan tidak menyamakannya dengan sifat-sifat makhluk.

Setiap muslim wajib beriman bahawa Allah ta’ala tidak berjisim yang dapat digambarkan, tidak ada persamaan baginya dengan makhluk, tidak berhajat kepada ruang, tempat dan sempadan, tidak ada jarak dan zaman bagiNya, tidak menjelma ke dalam sesuatu dan sesuatu tidak dapat menjelma padaNya, zatNya tidak menerima perubahan, pertambahan dan pertukaran, dan bagiNya segala sifat-sifat yang cantik, agung, dan hebat. Tauhid ini terbina di atas tiga asas utama iaitu :- (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Tauhid Uluhiyyat & Syarat Sempurnanya

Posted on December 4, 2011. Filed under: Akidah Islam, Ketuhanan |

Tauhid Uluhiyyat(Mengesakan Allah dalam ibadat)

Tauhid Uluhiyyat bermaksud mengesakan Allah ta’ala dalam ibadat samada ibadat zahir atau batin.  Yang dimaksudkan dengan ibadat zahir ialah ibadat yang melibatkan anggota luaran yang boleh dilihat seperti solat, haji, jihad dan seumpamanya.  Ibadat batin pula ialah ibadat yang melibatkan hati seperti sabar, tawakkal, takutkan Allah ta’ala dan seumpamanya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Ibadat kepada Allah ialah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah samada perkataan atau amalan secara zahir atau batin seperti solat, zakat, puasa, haji, bercakap benar, menunaikan amanah, mentaati ibubapa, menghubungkan silaturrahim, menepati janji, menyuruh berbuat  baik dan mencegah kemungkaran, jihad, berbuat baik kepada jiran tetangga, anak yatim, fakir miskin, orang gaji, dan haiwan, doa, zikir, sabar, cinta sesama saudara Islam, cinta kepada Allah dan Rasul, takutkan Allah, syukur terhadap nikmat Allah, redha dengan takdir Allah, tawakkal, mengharapkan rahmat Allah, takutkan seksaan Allah, dan seumpamanya adalah termasuk dalam pengertian ibadat kepada Allah subhanahuwata’ala.  Setiap ibadat hendaklah dilakukan kerana Allah bukan kerana manusia, alim ulamak, guru atau syeikh, wali, mahupun kerana nabi dan rasul.  Ini kerana sesuatu ibadat tidak akan diterima melainkan dilakukan kerana Allah dan terbina atas keikhlasan beribadat kepadaNya.   Sesiapa yang tidak sempurna dalam tauhid ini, dia mensyirikkan Allah dan menyekutukanNya walaupun tauhid rububiyyahnya sempurna. (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Tauhid Rububiyyat & Penyelewengannya

Posted on December 4, 2011. Filed under: Akidah Islam, Ketuhanan |

Beriman kepada Allah ta’ala dan mengesakanNya terbahagi kepada tiga bentuk :-

1)  Tauhid Rububiyyat(Keesaan Allah sebagai Tuhan Pencipta)

Tauhid Rububiyyah ialah mengaku bahawa Allah ta’ala adalah Tuhan sekalian alam, Pencipta, Pemilik, Pemberi rezeki bagi segala makhluk.  Dia Yang Menghidupkan dan Mematikan segala sesuatu, Yang Memberi manfaat dan mudarat, Yang Menerima dan Memakbulkan segala doa bagi semua perkara, segala kebaikan adalah di sisiNya, Yang Berkuasa ke atas semua perkara, yang tidak ada sekutu dan persamaan bagiNya dengan segala sesuatu.

Dalam erti kata lain, tauhid ini ialah satu pengakuan bahawa Allah ta’ala adalah Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini dan makhluk-makhlukNya, mentadbirnya, mengubahnya, manambahnya, mengurangkannya, menghidupkannya, mematikannya dan sebagainya.  Tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan Allah dalam menyusun dan mentadbir semua urusan-urusan tersebut.

Antara bentuk-bentuk penyelewengan tauhid rububiyyah yang berlaku dalam masyarakat umat Islam dewasa ini ialah : (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pembahagian Akidah Islam & Maksud Al-Ilahiyyat(Ketuhanan)

Posted on November 9, 2011. Filed under: Akidah Islam, Ketuhanan |

Akidah Islam boleh di bahagikan kepada tiga; bahagian al-ilahiyyat(ketuhanan), bahagian nubuwwat(kenabian), dan bahagian hari akhirat.

  Al-Ilahiyyat(ketuhanan)

          Ketuhanan bermaksud keimanan terhadap Tuhan yang Esa iaitu Allah ta’ala dan beriman kepada perkara yang bersangkut-paut denganNya.  Iman di sini bermaksud percaya dengan penuh kepercayaan dan berpegang teguh bahawa Allah ta’ala adalah Tuhan bagi segala sesuatu,  Yang Memilikinya dan Penciptanya.  Dialah Pencipta segala makhluk, Pemberi rezeki, Yang Menghidupkan dan Mematikan segala sesuatu.  Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat kekurangan.  Segala bentuk perhambaan dan ibadat hanya  untukNya.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

  • POLISI

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan dakwah, pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca dibenarkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat akidah2u.wordpress.com hendaklah disertakan dan dikekalkan. Sebarang bentuk penerbitan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya yang bertujuan dan berorientasikan komersil tidak dibenarkan sama sekali tanpa keizinan pihak akidah2u.wordpress.com

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...