Ciri-ciri Utama Batiniah Sesat

BERIMAN DENGAN KONSEP ILMU BATIN

Posted on December 15, 2011. Filed under: Ciri-ciri Utama Batiniah Sesat, Pertama: Konsep Ilmu Batin |

CIRI-CIRI UTAMA

Gerakan Batiniyyah & Ajaran Sesat

Ciri-ciri ajaran sesat dan gerakan batiniah amat penting dikaji dan diketahui kerana ia akan memberi gambaran kasar tentang golongan tersebut dan sebagai neraca untuk mengenalinya serta dapat menyelamatkan diri muslim dari terjebak dengan mana-mana golongan atau gerakan yang mahu menyeleweng dan merosakkan akidah Islamiah.  Ciri-ciri yang akan disebut nanti adalah hasil pembacaan dan kajian tentang gerakan-gerakan dan golongan-golangan sesat dalam dunia Islam keseluruhannya.  Terdapat sepuluh ciri-ciri utama, secara ringkasnya ia seperti berikut :-

Pertama: Beriman dengan konsep Ilmu Batin

Ilmu Batin ialah ilmu rahsia yang tersembunyi dari pengetahuan orang biasa.  Beriman dengannya merupakan rukun utama bagi golongan Batiniah sesat.  Bagi mereka Zahir dan batin tidak dapat dipisahkan sebagaimana ruh dan jasad tidak dapat dipisahkan.  Dalam erti kata lain agama ini terbahagi kepada dua pengertian iaitu pengertian zahir yang dapat diketahui oleh orang biasa dari kalangan alim ulamak dan pengertian batin yang dalam yang tidak dapat diketahui oleh orang kebanyakan bahkan ia diwarisi secara turun temurun daripada keluarga Rasulullah atau para sahabat-sahabatNya.  yang kan rukun utama golongan batiniah.  Ulamak-ulamak pula pada pandangan mereka tidak dapat mengetahui ilmu batin kerana ilmu ini adalah rahsia hanya orang tertentu sahaja dapat mengetahuinya. Pegangan sebegini akan membuka ruang kepada kemunculan dakwaan-dakwaan ilmu baru yang pelik yang bercanggah dengan ajaran Islam dan dengan apa yang diajar oleh kebanyakan ulamak. (more…)

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

  • POLISI

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan dakwah, pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca dibenarkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat akidah2u.wordpress.com hendaklah disertakan dan dikekalkan. Sebarang bentuk penerbitan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya yang bertujuan dan berorientasikan komersil tidak dibenarkan sama sekali tanpa keizinan pihak akidah2u.wordpress.com

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...