BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

Posted on December 8, 2011. Filed under: Akidah Islam, Hari Akhirat |

Hari Akhirat

          Maksud hari akhirat dalam pengajian akidah ialah hari dan semua perkara yang akan berlaku selepas mati yang telah diterangkan oleh Allah dalam Quran dan diceritakan oleh Rasul dalam hadisnya berkenaan dengan kejadian huru-hara di hari kiamat, nikmat dan azab kubur sehinggalah ditentukan siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka. Oleh itu hari akhirat ialah hari yang dihancurkan dan dihapuskan alam ini, dimatikan semua yang hidup, ditukar bumi dengan bumi dan langit yang bukan lagi bumi dan langit yang ada sekarang kemudian Allah taala akan membangkitkan semua manusia dari kubur-kubur mereka dan menghidupkan mereka kembali dengan kehidupan hari akhirat yang tidak ada mati selepasnya.

Secara ringkasnya beriman dengan hari akhirat ialah percaya dengan penuh yakin dan berpegang teguh dengan semua yang dikhabarkan oleh Allah taala dalam Quran dan yang diceritakan oleh nabi dalam hadis-hadisnya berkenaan apa yang akan terjadi selepas mati daripada azab dan nikmat di alam barzakh dan kubur, kebangkitan semula selepas mati, perhimpunan di padang Mahsyar, buku-buku laporan perbuatan manusia di atas dunia, hisab atau kiraan amalan baik dan jahat manusia, timbangan, kolam, titian sirat, syafaah atau pertolongan nabi Muhammad, syurga, neraka, dan semua perkara yang dijanjikan oleh Allah di dalam keduanya.  Allah taala berfirman dalam ayat 87 surah al-Nisa’ yang bermaksud:

(Allah, tidak ada Tuhan(yang berhak disembah) selain Dia.  Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya.  Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?). 

Oleh itu barangsiapa yang tidak percaya dengan hari akhirat, maka ia mendustakan Allah dan seluruh rasul-rasulNya.

Beriman dengan hari akhirat adalah unsur utama selepas beriman dengan Allah taala kerana beriman dengan Allah akan menjawab semua permasalahan tentang dari mana kita datang.  Beriman dengan hari akhirat akan menjawab semua permasalahan tentang ke mana akhirnya kita akan pergi.  Jadi sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat dengan sebenar-benar iman sudah pasti dia akan mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhi segala larangannNya.  Kehidupannya amat jelas dan bahagia kerana dia  mengetahui penciptanya ialah Allah yang perlu ditaati dan dipatuhi serta mengetahui akhirannya adalah syurga yang akan dikurniakan oleh Allah kepadanya.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • POLISI

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan dakwah, pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca dibenarkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat akidah2u.wordpress.com hendaklah disertakan dan dikekalkan. Sebarang bentuk penerbitan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya yang bertujuan dan berorientasikan komersil tidak dibenarkan sama sekali tanpa keizinan pihak akidah2u.wordpress.com

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: