WAJIB BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB ALLAH TA’ALA

Posted on December 7, 2011. Filed under: Akidah Islam, Nubuwwah |

Quran Wajib Dipercayai

Akidah terbahagi kepada tiga iaitu Ilahiyyat(Ketuhanan), Nubuwwat(Kenabian) dan Akhirat.  Bahagian Nubuwwat pula terbahagi kepada tiga iaitu beriman dengan para Malaikat, Nabi & Rasul dan Kitab.

Beriman dengan kitab-kitab Allah ta’ala

Beriman dengan kitab-kitab Allah bermaksud kita percaya dengan penuh keyakinan dan berpegang bahawa Allah subhanahuwata’ala telah menurunkan kitab-kitab suci kepada para rasul dan nabiNya.  Sebagaimana Allah ta’ala menurunkan kitab al-Quran kepada nabi kita Muhammad sollallahu’alaihiwasallam, Dia juga menurunkan kitab-kitab kepada nabi-nabi lain sebelumnya.  Oleh itu kita wajib beriman dengan kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah ta’ala yang diceritakan dan disebutkan olehNya dalam Quran iaitu kitab Taurat, Injil dan Zabur serta suhuf(helaian) yang telah diturunkan kepada nabi Ibrahim dan Musa.  Adapun kitab-kitab yang tidak disebut namanya oleh Allah taala, wajiblah ke atas kita mempecayainya secara ijmal(rawak) sahaja.

Kita wajib beriman bahawa kitab suci al-Quran merupakan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah taala.  Al-Quran mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus yang dikurniakan oleh Allah taala jika dibandingkan dengan kitab-kitab sebelumnya.  Barangsiapa yang mengingkari dan tidak beriman dengan salah satu dari kitab-kitab yang telah disebut oleh Allah taala dalam Quran dan tidak percaya dengan kitab-kitab selain yang tersebut secara ijmal, maka ia terkeluar dari Islam.  Begitu juga siapa yang mendakwa di sana terdapat kitab yang diwahyukan oleh Allah selepas Quran yang diturunkan kepada nabi baru selepas nabi Muhammad sollallahu’alaihiwasallam.

Allah menurunkan kitab-kitab dan suhuf-suhuf  ke atas nabi dan RasulNya kerana beberapa hikmah, antaranya ialah untuk menerangkan akidah tauhid dan asas-asas agama dan rukun-rukunnya, menerangkan penyelewengan-penyelewengan akidah dan membetulkannya.  Manusia berhajat kepada kitab sebagai rujukan mereka dalam kehidupan mereka dan urusan-urusan agama seperti ibadat, akidah dan syariat.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • POLISI

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan dakwah, pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca dibenarkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat akidah2u.wordpress.com hendaklah disertakan dan dikekalkan. Sebarang bentuk penerbitan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya yang bertujuan dan berorientasikan komersil tidak dibenarkan sama sekali tanpa keizinan pihak akidah2u.wordpress.com

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: