Tauhid al-Asma’ wa Al-Sifaat & Asasnya

Posted on December 4, 2011. Filed under: Akidah Islam, Ketuhanan |

Tauhid al-Asma’ wa Al-Sifaat(Mengesakan Allah ta’ala pada Nama-nama Dan Sifat-sifatNya)

Tauhid al-Asma’ wa Al-Sifaat atau mengesakan Allah ta’ala pada nama dan sifatNya bermaksud  percaya dengan sepenuhnya dan berpegang teguh bahawa Allah ta’ala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan sama-sekali tidak bersifat dengan segala sifat kekurangan.  Secara ringkasnya, seorang muslim hendaklah beriman dan mempercayai semua sifat-sifat dan nama-nama yang disebut oleh Allah ta’ala dalam Quran dan diceritakan oleh Nabi dalam hadisnya tanpa memesongkan makna dan lafaznya, menafikannya, mengambarkan atau menentukan bentuk kejadiaan dan keadaannya, dan tidak menyamakannya dengan sifat-sifat makhluk.

Setiap muslim wajib beriman bahawa Allah ta’ala tidak berjisim yang dapat digambarkan, tidak ada persamaan baginya dengan makhluk, tidak berhajat kepada ruang, tempat dan sempadan, tidak ada jarak dan zaman bagiNya, tidak menjelma ke dalam sesuatu dan sesuatu tidak dapat menjelma padaNya, zatNya tidak menerima perubahan, pertambahan dan pertukaran, dan bagiNya segala sifat-sifat yang cantik, agung, dan hebat. Tauhid ini terbina di atas tiga asas utama iaitu :-

a)        Menyucikan Allah ta’ala daripada sebarang bentuk persamaan dengan makhluk dan daripada segala sifat-sifat kekurangan.  Ia merangkumi penafian bagi Allah isteri, sekutu, tidur, letih, mati, jahil, zalim, lupa, mengantuk, dan selainnya daripada sifat-sifat lemah dan kurang.

b)        Beriman dengan nama dan sifat Allah yang terdapat dalam Quran dan Sunnah tanpa menambahkannya, mengurangkannya, menafikannya dan  mengubahnya.

c)        Tidak tamak untuk mengetahui bagaimana bentuk, keadaan dan terbentuknya sifat-sifat  Allah secara terperinci.  Ini kerana akal manusia tidak dapat menembusi rahsia-rahsia sifat Allah yang nyata tidak sama dengan sifat manusia untuk dibandingkan dengannya.

Untuk memastikan setiap muslim betul-betul beriman dengan tauhid al-asma’ wa al-sifaat, hendaklah dia memelihara dirinya daripada melakukan perkara berikut :-

a)      Tashbih(التشبيه): Menyamakan.  Ia bermaksud menyamakan zat atau sifat Allah ta’ala dengan zat atau sifat makhluk selainNya.

b)      Tahrif(التحريف): Mengubah. Ia bermaksud mengubah atau menukar lafaz-lafaz nama dan sifat Allah dengan menambahnya atau mengurangkannya atau mengubah sebutannya atau memberikan makna yang baru atau menakwil maknanya  bersalahan dengan maknanya yang asal.

c)      Ta’til(التعطيل): Menafikan.  Ia bermaksud menafikan sifat-sifat ketuhanan bagi Allah ta’ala yang dikhabarkan melalui Quran dan Hadis dan mengingkari kewujudannya bagi zat Allah ta’ala.

d)      Takyif(التكييف): Membagaikan atau mengambarkan.  Ia bermaksud membagaikan dan mengambarkan bagaimana bentuk-bentuk sifat Allah dan hakikatnya serta menentukan keadaannya.

Dengan ini, setiap muslim tidak boleh menyamakan zat atau sifat Allah ta’ala dengan zat atau sifat makhluk selainNya, tidak boleh mengubah atau menukar lafaz-lafaz nama dan sifat Allah dengan menambahnya atau mengurangkannya atau mengubah sebutannya atau memberikan makna yang baru atau menakwil maknanya bersalahan dengan maknanya yang asal, tidak boleh menafikan sifat-sifat ketuhanan bagi Allah ta’ala dan mengingkari kewujudannya bagi zat Allah ta’ala, dan tidak boleh tamak untuk mengetahui hakikat sifat Allah sehingga membagaikan dan mengambarkan bagaimana bentuk-bentuk sifat Allah dan hakikatnya serta menentukan keadaannya.  Apabila sempurna empat perkara tersebut, sempurnalah tauhid al-asma’ wa al-sifat bagi muslim tersebut.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • POLISI

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan dakwah, pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca dibenarkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat akidah2u.wordpress.com hendaklah disertakan dan dikekalkan. Sebarang bentuk penerbitan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya yang bertujuan dan berorientasikan komersil tidak dibenarkan sama sekali tanpa keizinan pihak akidah2u.wordpress.com

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: