Tauhid Rububiyyat & Penyelewengannya

Posted on December 4, 2011. Filed under: Akidah Islam, Ketuhanan |

Beriman kepada Allah ta’ala dan mengesakanNya terbahagi kepada tiga bentuk :-

1)  Tauhid Rububiyyat(Keesaan Allah sebagai Tuhan Pencipta)

Tauhid Rububiyyah ialah mengaku bahawa Allah ta’ala adalah Tuhan sekalian alam, Pencipta, Pemilik, Pemberi rezeki bagi segala makhluk.  Dia Yang Menghidupkan dan Mematikan segala sesuatu, Yang Memberi manfaat dan mudarat, Yang Menerima dan Memakbulkan segala doa bagi semua perkara, segala kebaikan adalah di sisiNya, Yang Berkuasa ke atas semua perkara, yang tidak ada sekutu dan persamaan bagiNya dengan segala sesuatu.

Dalam erti kata lain, tauhid ini ialah satu pengakuan bahawa Allah ta’ala adalah Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini dan makhluk-makhlukNya, mentadbirnya, mengubahnya, manambahnya, mengurangkannya, menghidupkannya, mematikannya dan sebagainya.  Tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan Allah dalam menyusun dan mentadbir semua urusan-urusan tersebut.

Antara bentuk-bentuk penyelewengan tauhid rububiyyah yang berlaku dalam masyarakat umat Islam dewasa ini ialah :

a)  Berpegang bahawa di alam ini terdapat individu-individu tertentu di kalangan orang-orang soleh atau wali yang memiliki kuasa dalam mentadbir alam ini, dapat memberi manfaat dan mudharat dan dapat menyekat dan memberikan sesuatu.  Di sana terdapat satu organisasi khas dikalangan wali-wali yang dikenali Dewan Ulamak Solih yang ahlinya terdiri dari kalangan wali-wali qutub atau abdal yang boleh mengeluarkan arahan dan keputusan dalam urusan-urusan agama yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.  Kita dapati banyak orang ramai yang terpengaruh dengan individu-individu tersebut, berdoa dan meminta sesuatu kepada mereka bila berlaku kesusahan dan musibah.  Ini bercanggah dengan tauhid rububiyyah.

b)  Berpegang bahawa ruh para ulamak, orang soleh dan wali memiliki kuasa selepas kematian mereka.  Mereka dapat menunaikan segala hajat, menyelesaikan segala musibah dan masalah dan dapat memberi manfaat dan mudharat.  Kubur-kubur dan makam-makam mereka dijadikan tempat kunjungan untuk mengadu segala masalah, meminta dan berdoa bagi menyelesaikannya dan untuk menyembuhkan segala penyakit.  Pegangan ini adalah bercanggah dengan tauhid rububiyyah kerana yang menerima doa, memberi manfaat dan mudharat hanyalah Allah ta’ala sahaja.

c)  Rasa gerun dan takut pada jin dan syaitan, berdoa dan meminta pertolongan  kepadanya, dan menyembelih binatang ternakan sebagai korban untuknya.  Berpegang bahawa jin dan syaitan memiliki kuasa yang mengatasi kehendak dan kekuasaan Allah ta’ala adalah bercanggah dengan tauhid rububiyyah.  Ia termasuklah juga berpegang dengan apa yang dicampakkan oleh jin dan syaitan semada melalui mimpi atau ilham kepada seseorang, beramal dengannya dan menyebarkannya sedangkan ia bercanggah dengan ajaran Islam.

d)  Mengagung-agungkan ketua, syeikh atau individu-individu tertentu sehingga ke tahap memuja mereka dan mensucikan mereka dari segala keaiban dan dosa, mentaati mereka, menerima segala dakwaan mereka berkenaan perkara-perkara ghaib dan tersembunyi, mempercayai mimpi-mimpi mereka walaupun bercanggah dengan ajaran Quran dan Sunnah sehingga sanggup menyerahkan segala-segalanya kepada mereka samada harta, maruah, diri dan jiwa. Mentaati, tunduk serta serah secara mutlak diri kepada ketua atau guru adalah bercanggah dengan tauhid rububiyyah sebagaimana yang telah kita pelajari.

e)  Tunduk di bawah pemerintahan golongan kafir dan patuh serta taati mereka tanpa ada rasa benci sedangkan mereka memerintah dengan kebatilan dan kekufuran, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Tindakan mentaati mereka tanpa mengingkari dan menolak, mematuhi, redha, dan tunduk serta bergantung kepada mereka adalah bercanggah dengan tauhid rububiyyah dan syirik kepada Allah subhanahuwata’ala.

Seorang sahabat Rasululullah sollallahualaihiwasallam yang bernama ‘Ady al-To’ie yang menganut Kristian di zaman jahiliah kemudian beliau masuk Islam telah mendengar Rasulullah sollallahualaihiwasallam membaca ayat 31 dari surah al-Taubah yang bermaksud :(Mereka menjadikan orang-orang alimnya, rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia). 

Lalu ‘Ady al-To’ie menolak dakwaan yang ahli kitab iaitu golongan penganut agama Yahudi dan Nasrani menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib mereka.  Rasulullah sollallahualaihiwasallam menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:

(Sesungguhnya mereka tidak menyembah pemimpin-pemimpin agama mereka tetapi apabila pemimpin-pemimpin agama mereka menghalalkan yang haram mereka bersama menghalalkannya, apabila pemimpin-pemimpin mereka mengharamkan yang halal mereka bersama mengharamkannya).

Itulah maksud menjadikan orang-orang alim, rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.   Mereka mematuhi orang-orang alim, rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • POLISI

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan dakwah, pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca dibenarkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat akidah2u.wordpress.com hendaklah disertakan dan dikekalkan. Sebarang bentuk penerbitan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya yang bertujuan dan berorientasikan komersil tidak dibenarkan sama sekali tanpa keizinan pihak akidah2u.wordpress.com

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: