Syiah

Ta’wil Sesat Syiah Ayat-ayat Quran

Posted on January 10, 2012. Filed under: Ta'wil Sesat Syiah Ayat-ayat Quran | Tags: , , |

Ciri-Ciri Batiniah Dalam Akidah Dan Pegangan Syiah Imamiah

 

Syiah merupakan ajaran dan mazhab yang telah lama muncul dalam dunia Islam.   Kemunculan ajaran-ajaran lain yang menyeleweng dari akidah Ahli Sunnah Wa Al-jamaah adalah kesinambungan dari perkembangan dan pergerakan Syiah.  Jika dikaji dan dibandingkan antara asas-asas Syiah dengan ajaran-ajaran sesat dan menyeleweng yang lain kita akan dapati kewujudan persamaan seolah-olah ia datang dari sumber yang sama cuma menggunakan pelbagai nama dan mengalami perubahan dan pengubahsuaian bersesuaian dengan perkembangan dan peredaran masa dan zaman.

Oleh itu bagi penulis, Syiah adalah pelopor kepada gerakan dan ajaran Batiniah yang lain.  Syiah adalah guru pertama kepada ajaran Batiniah yang sesat yang tersebar di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia.  Untuk mengetahui dengan lebih jelas, ikutilah persamaan pegangan dan akidah Syiah dengan ciri-ciri Batiniah berikut: (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

SYIAH DI MALAYSIA

Posted on December 19, 2011. Filed under: Batiniah, Syiah | Tags: |

SYIAH

          Bahaya Syiah kepada akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat dinafikan.  Kita juga tidak dapat menafikan bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah dan merupakan pelopor kepada kemunculan puak-puak dan ajaran sesat dan kumpulan-kumpulan Batiniah yang lain.  Kemungkinan ada yang tidak bersetuju ini yang agak keras namun sejarah dan kajian menyebut puak-puak sesat Batiniah seperti Ismailiah, Nusoiriah, Qaromitah, Duruz, Bahaiah dan selainnya adalan pecahan dari golongan Syiah.  Percanggahan pendapat dalam menentukan Imam mereka dari keluarga Rasulullah menjadikan mereka berpecah kepada pelbagai jenis ajaran dan kumpulan.  Walaupun ada dakwaan bahawa Syiah sudah tidak mengamalkan ajarannya.  Akidah-akidahnya sudah tidak disebar dan dipegangi lagi tapi hakikatnya sukar diterima kerana adanya konsep taqiah dalam ajaran syiah.  Kemungkinan mereka bergerak dengan menyembunyikan akidah dan identiti mereka yang sebenar untuk memudahkan dakwah mereka tersebar dan perancangan politik mereka tercapai.

Kekuatan Syiah boleh dilihat apabila mereka mempunyai kuasa, pengaruh dan negaranya sendiri.  Iran adalah negara Syiah yang tidak akan membiarkan negara sunni berdiri tegak meskipun mereka berada dalam satu barisan dengan puak sunni memerangi musuh-musuh Islam. Diperpustakaan-perpustakaan seluruh dunia, buku-buku rujukan syiah masih diguna pakai, dikaji dan dipelajari oleh puak-puak syiah.  Ajaran-ajaran mereka masih diamalkan.  Oleh itu, untuk menulis tentang ajaran sesat di Malaysia tidak lengkap tanpa menyebut ajaran Syiah bahkan ia merupakan satu kemestian untuk membuka hakikat bahawa Syiah itu adalah ajaran sesat Batiniah melalui sejarah dan ciri-ciri persamaan antara keduanya. (more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

  • POLISI

    Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan dakwah, pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca dibenarkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat akidah2u.wordpress.com hendaklah disertakan dan dikekalkan. Sebarang bentuk penerbitan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya yang bertujuan dan berorientasikan komersil tidak dibenarkan sama sekali tanpa keizinan pihak akidah2u.wordpress.com

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.